Tuesday, 1 July 2014

Kolej Puaka - episode 2

*segala isi kandungan adalah rekaan semata-mata. tiada kena mengena dengan yg hidup atau yg sudah meninggal dunia. atau mana2 pihak. (aku x pernah jumpa makhluk halus di UIA PJ)
-----------------------
Pada malam pertama, kami cuma berkenalan secara ringkas. Ada Hassan atau Ase dari Pasir Puteh, Kelantan dan Ramli atau nama panggilannya Ikan, dari Pekan, Pahang. Ase selalu memakai kopiah, berbadan kurus dan wajah bersih tak bersalah, Ikan pula memakai kaca mata, berbadan agak sasa dan berkulit agak gelap. Agak gelap.

Keesokan paginya, kami dikejutkan Jo untuk solat subuh. Ruang di tengah bilik kami cukup untuk kami solat subuh secara berjemaah. Asey mengimamkan solat tersebut. Subhanallah, bacaannya cukup merdu dan sangat mengasyikkan.

"Best la wei suara kau. Kau memang Qari ke apa?" tanya Ikan setelah selesai solat dan doa.

"Eh, mana ada. Biasa-biasa je la. Ramai lagi yang lagi best suara dia dari aku." kata Ase yang masih berbaur dialek Kelantannya.

Mendengar alunan al-Quran yang merdu mengingatkan aku kisah Bilal bin Rabah r.a. saat dia dibawa pulang dari Syria ke Madinah saat pemerintahan Saidina Umar r.a.. Ketika masuknya waktu Zohor, Bilal diminta untuk mengalunkan azan kerana Umar sudah rindu mahu mendengar azan oleh Bilal. Bilal berkata "aku Bilal zaman Rasululllah, bukan pada zaman kamu wahai Amirul Mukminin." kemudian Hasan dan Hussin yang meminta supaya Bilal mengalunkan azan. Pada saat itulah Bilal setuju untuk azan, atas permintaan cucu kesayangan nabi, Hasan dan Hussin.

Bilal naik ke atas menara Masjid Nabawi, kemudian "Allahuakbar~ Allahuakbar~". Terdiam kota Madinah. Terdiam. Kali kedua "Allahuakbar~ Allahuakbar~" seluruh Kota Madinah menangis teresak-esak. Bercucuran air mata para sahabat. Saat jeritan alunan azan sampai pada "Ashhadu ala ilaha illallah~" menangis Bilal. Dan pada saat "Ashhadu anna Muhammadan rasulullah~" Bilal jatuh rebah. Para sahabat datang, memujuk Bilal. Bilal beritahu bahawa saat "Ashhadu anna Muhammadan rasulullah~" aku ternampak Rasulullah berjalan menuju ke masjid.

Aku kagum dengan suara merdu Bilal yang mampu mendiamkan seluruh Kota Madinah dan bagaimana suaranya dapat menyentuh hati para sahabat dan dan kesan suaranya yang membawa kembali memori sahabat bersama Rasulullah SAW. Allah mengurniakannya suara yang merdu dan ke jalan Allah dia gunakan suaranya. Itulah, antara kisah hebat dalam sejarah Islam.

Hari tersebut masih la tiada apa-apa aktiviti untuk kami lakukan. Hari itu masih lagi digunakan untuk proses pendaftaran pelajar baru yang berlainan kursus dari kami. Aktiviti hanya bermula pada keesokan pagi.
--------------------------
"Lepas ni kita ada taklimat apa lagi? Pukul berapa?" tanya Jo seraya kami keluar dari Lecture Hall 1 untuk mendengar taklimat mengenai kursus kami. Minggu taaruf sudah masuk hari keenam dan esok adalah hari terakhir dalam minggu taaruf ini.

"Lepas lunch, pukul 2 setengah ada taklimat pasal keselamatan di dewan Al Malik Faisal, dewan besar." jawab Ikan. Kami masih tertanya-tanya kenapa nama panggilannya Ikan. Dia hanya menjawab, "Nama asrama, ikut je, aku dah tak biasa orang panggil aku Ramli." Mungkin ada kisah dia mencuri ikan dewan makan atau ada yang letak ikan dalam boxernya. Asrama.

"Korang nak pergi ke? Aku macam malas la nak pergi. Tak ambil kedatangan pun yang petang ni kan?" tanya Jo.

"Ish mana boleh, pergi je la. Tak ada buat apa-apa pun petang ni." kata Ase.

Aku memandang sambil mencelik mata dan senyum. "Ummmmmmmm. Aku pun ada perasaan malas petang ni. Aku ngan Jo tak pergi kot. Hehe." Ase dan Ikan senyum sambil menggeleng kepala. Aku dan Jo berlaga penumbuk di belakang beg Ikan dan Ase. Hanya Ase dan Ikan yang pergi pada petang itu antara kami berempat.
---------------------------
Pada malam terakhir, malam penutup, kami hadirkan diri ke dewan utama, Al Malik Faisal Hall, dari pukul 8 malam, seusai solat Maghrib. Majlis penutup berjalan lancar, kami mendengar ucapan dari Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, dan Dekan UIAM cawangan Petaling Jaya.

Selepas ucapan kami dihidangkan dengan hiburan multimedia yang mana mereka sediakan video yang dirakam dua hari lepas oleh komiti minggu taaruf. Para pelajar yang lain kelihatan seronok. Kami berempat duduk bersama dalam dewan tersebut.

Sampai pada satu babak di lobi asrama kami, pelakon tersebut lari melintasi lobi tersebut kerana dikejar oleh pembunuh yang juga pelakon, obviously. Babak tersebut cuma selama 4 saat, tapi yang benar-benar memeranjatkan aku ialah, kelihatan seorang lelaki sedang duduk di kerusi di lobi asrama itu dan memandang kamera. Lelaki tersebut adalah aku!

Aku kaget dan dewan pada waktu itu sedang ketawa dengan gelagat dua pelakon itu dan aku toleh belakang aku. Ase, Jo dan Ikan sedang ketawa terbahak-bahak sambil menuding jarinya pada aku. Beberapa pelajar lain di sekitar kami senyum sambil memandang aku.

"Woi! Aku tak pernah keluar bilik malam-malam. Korang ingat tak? Kita lepak berbual dalam bilik setiap malam. Aku tak pernah pergi lobi malam-malam." kata aku dengan merendahkan nada aku pada ketiga-tiga roomateku.

Mereka semua terkejut dan terdiam. Ikan merenung mata aku dengan sedikit senyuman untuk lihat sebarang tanda gurauan pada wajahku. Kemudian dia menutup mulutnya dengan tangannya, terkejut.

"No shit." gumam Jo. Mereka tahu aku tidak bergurau kerana aku memang tidak pernah keluar bilik pada waktu malam melainkan ke tandas yang cuma 10 meter dari bilik kami.

Kami kembali melihat pada screen untuk mencari lagi kejadian seperti tadi. Pada saat ini cuma kami berempat yang tidak ketawa mahupun babak di skrin agak lucu. Lalu, 2 minit kemudian, video itu berakhir dan dua orang lelaki masuk ke dewan berlari dan menuju ke pentas. Gimik acara.
--------
Setelah majlis berakhir, kami berempat pergi berjumpa salah seorang komiti minggu taaruf yang juga pelakon dalam video tersebut untuk tanya mengenai video itu. Jo yang mulakan pertanyaan.

"Brother, bila buat video tadi tu?"

"Kitorang buat dua hari lepas. Hah kau la! Woi Man, ni la budak awkward malam tu man. Hahaha." jerit lelaki itu pada kawannya yang dipanggil Man yang kemudian datang menghampiri kami.

"Eh kau la. Jadi bro kau tiba-tiba datang lepak kat situ buat muka awkward. Masuk gila dengan scene tu. Tapi kau apahal terus belah lepas kitorang panggil, dah la pegi masuk jamban hujung..." percakapan mereka dihalang apabila ada komiti lain yang panggil mereka untuk mengemas dewan kerana dewan mesti ditutup dalam 10 minit. "Tak apa la bro, all the best belajar kat UIA ni. Assalamu'alaikum."

"Wa'alaikumussalam..." Ase menjawab lemah. Kami semua terdiam.

Kemudian Jo memandang kami dan berkata "Guys, I have a bad feeling about this."

No comments:

Post a Comment