Monday, 30 June 2014

Kolej Puaka - episode 1

*segala isi kandungan adalah rekaan semata-mata. tiada kena mengena dengan yg hidup atau yg sudah meninggal dunia. atau mana2 pihak. (aku x pernah jumpa makhluk halus di UIA PJ)

Aku bakal mulakan kehidupan aku sebagai seorang mahasiswa pada hari ini. Segala yang berlaku hari ini adalah ekoran keputusan makluman di laman sesawang kerajaan yang memaklumkan bahawa aku telah layak melanjutkan pelajaran aku dalam bidang sains fizikal di Pusat Pengajian Asasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Petaling Jaya.

Aku menghadirkan diri pada 10 Jun 2010 di pusat pengajian tersebut bersama kedua ibubapaku dan adik perempuanku, untuk urusan pendaftaran. Memakai baju kemeja putih, berseluar slack hitam dan berkasut kulit hitam berkilat, dan aku memegang sekeping envelope besar x-ray film ku dan fail untuk dokumen2 keperluan pendaftaran sepertimana ratusan pelajar yang lain. Pada hari ini semua orang kelihatan kemas dan berakhlak baik, yang mana aku tahu akan kelihatan taring sebenarnya beberapa hari lagi seusai tamatnya minggu orentasi.

"Brother, dah ambil no giliran?" tanya seorang gadis yang kelihatan seperti ahli tenagakerja minggu orentasi kerana memakai baju batik berwarna ungu sepertimana puluhan lagi yg lain, dan di tudung putihnya ada tag nama bertulis 'Registration'. Oh, biro pendaftaran agaknya.

"Belum. fail-fail ni kena bawa semua la ni?" tanya aku.

"Yang x-ray ni boleh tinggal dengan parents dulu, yg fail ni kena bawa masuk dalam. Ambil no giliran kat brother pakai kopiah tu." sambil jarinya menuding pada lelaki memakai baju batik berwarna ungu dan kopiah putih. Aku sudah diberitahu, di sini, lelaki dipanggil 'Brothers', perempuan dipanggil 'Sisters'.
-----------------------------------
"Bilik Along no berapa?" tanya bapaku.

"218. Tingkat dua la kot, ayah." lalu kami pun angkut semua pukal dan luggage ku. Basah jua bawah ketiak aku mengangkat ke tingkat dua asrama aku, atau lebih dikenali dengan Mahallah Umar al-Khattab.

Tiba di tingkat dua, ada lelaki berbaju ungu yang menyambut kami dan bertanya nombor bilik dan menunjukkan arah bilik kami. "My god, they are everywhere." keluh adikku sambil menggelengkan kepala. Aku gosok kepalanya yang berbalut tudung bawal. "Woi! rosak tudung!" sambil mencebik mulutnya.

Sampai sahaja di hadapan bilik ku, pintu sudah terbuka dan kelihatan seorang lelaki sudah terbaring dengan bersinglet dan seluar slack, di atas katil di sebelah kanan pintu.

"Eh, pakcik, ada orang rupanya, masuk la, maaf la ye, singlet." sapa bakal roomate aku.

"Eh, takpe, pak cik nak letak barang je ni. Maaf ganggu kamu pulak." balas ayahku. Aku memandangnya, senyum dan menganggukkan kepala. Dibalas sedemikian rupa jua.

"Kamu asal dari mana dik?" tanya ibuku.

"Saya asal Selangor ni je. Parents saya dah balik dah tadi. Rumah dekat Kelana Jaya."

"Oh, elok la. Ajar sikit cara orang Selangor kat Alim ni. Hahaha" ibuku memandangku lalu ketawa. Aku senyum ringan dan memandang ke arah lokerku. Aduhai, lawak emak, emak sahaja yang faham.
----------------------
Ibubapaku sudah beransur pulang setelah siap memunggah segala bagasi aku dan pusing dan ronda kawasan sekitar asramaku. Kami melepak di kawasan katilku. Bilik di asrama aku sudah dibahagi kepada empat bahagian yang sama besar dipisahkan oleh dinding MDF, umpama berada dalam cubicle masing-masing.

"Apa nama kau?" tanya bakal roomate ku.

"Alim, panggil Parut, nama panggilan aku kat asrama dulu."

"Parut? sebab parut kat dahi kau ek?"

"A'ah. dari darjah lima lagi. Haha. Kau nama apa?"

"Johari, panggil Jo je la." terang Jo. Kemudian suasana kembali senyap. Petua sahabatku, jangan biar keadaan jadi senyap lebih dari empat saat, awkward.

"Eh Jo, jom gi jalan-jalan kat bawah. Tengok apa yang ada kat gerai-gerai kat bawah."

"Ok lah. Jom."
-------------------------
Setelah setengah jam meronda kawasan gerai-gerai jualan, aku cuma membeli sedikit kekacang rebus dan air minuman. Jo pula cuma beli air minuman dan rojak buah. Banyak juga yang kami sembangkan semasa berjalan-jalan di gerai tadi. Setelah azan asar berkumandang kami terus menuju ke masjid utama UIA PJ. Keadaan di masjid tidaklah sesak meskipun bilangan ahli jemaah sudah cukup membanggakan, kerana masih ramai yang sibuk dengan urusan pendaftaran.

Dari Abu Hurairah berkata : Seorang laki-laki yang buta datang kepada Rasulullah dan mengatakan : Ya Rasulallah, sesungguhnya aku tidak memiliki seorang yang menuntunku ke masjid. Maka Rasulullah memberikan rukhsoh (keringanan), ketika orang pergi kemudian dipanggilanya lagi dan ditanya : “Apakah kamu mendengar panggilan solat (adzan)? Orang itu menjawab : Ya. Maka beliau bersabda : “Penuhilah panggilan itu.” (riwayat Imam Muslim)

Setelah selesai solat kami pulang ke bilik.

"Eh, Parut, kau bawak tak anak kunci bilik? Aku punya aku tinggal dalam loker aku."

"Kau biar betul, aku rasa aku punya ada kat atas meja." Kami saling memandang dan mencelik mata sambil menggelengkan kepala dan ketawa kecil.

"Tak lawak, Parut" kata Jo. Kami pantas menuju ke bilik kami. Setibanya kami di sana, pintu sudah terbuka dan ada dua keluarga dalam bilik itu. Kami menarik nafas lega. Dua lagi roomate aku sudah mendaftarkan diri.
-----------------------

Sunday, 22 June 2014

Bakat diberi Allah jangan dipersia

Allah sangat sayang kita
diberi nikmat diberi nyawa
diberi masa untuk diguna

tapi sayang
Allah sedang memandang hambanya
agak2nya adakah Dia murka?
melihat aku mensia2kan nyawa dan masa
sedangkan ikan pon bertasbih
batu juga berzikir
mengapa ciptaan kompleks ini tiada refleks?

Aku sedang diberi rehat dari pihak menara gadingku
masih mncari apa patut di isi dalam hari ku
huh.. dilema